Tamadun
ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah
mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang
telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap
ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan
beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama
Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh
Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
Pada zaman ini terdapat golongan
pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau
kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan
Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun
321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan.
Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan
Asoka.
AGAMA HINDU
Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan
manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah
bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu
kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan
tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah
berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment