PENGENALAN


      Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah .Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan tamadun islam.
       Asal usul tamadun melalui Ibn khaldun iaitu merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.
      Tamadun dunia mengandungi sepuluh tamadun iaitu Tamadun Islam,Tamadun Mesopotamia,Tamadun Mesir,Tamadun Cina,Tamadun Elam danTamadun Parsi,Tamadun Maya,Tamadun Aztek,Tamadun Inca,Tamadun Olmec dan Tamadun India.                                                                                                                   
        Ciri-ciri tamadun ialah,mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antarasesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta.Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapatdibahagikan kepada empat ciri yang utama iaitu tamadun materialistic, tamadun intelektual,tamadun berasaskan wahyu dan tamadun mistik.Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu pencapaian fizikal yang boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atauempayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.Seterusnya pencapaian intelektual boleh dilihat dari segi penemuan fikiran      yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.
       Faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada  kemunculan  sesebuah tamadun adalah seperti berikut pertama ialah Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan olehkedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatanmasyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadibagi menampung kehidupan masyarakatnya.Contohnya, kemunculan TamadunChina di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, TamadunMesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.                                                                              .

      Kedua ialah Rancangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan TamadunIslam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

     Ketiga penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti,ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah,berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan IbnKhaldun dalam Tamadun Islam.                                          

      Seterusnya, kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggemblingtenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka.      Selain itu,interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadunyang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepadakemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.                         

No comments:

Post a Comment